
cerita terkini : Kepimpinan pusat Pas akan bermesyuarat pada hari Ahad ini bagi memutuskan siapa calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, bagaimanapun mereka tidak akan mengumumkan nama calon berkenaan selepas mesyuarat itu, sebaliknya ia akan diumumkan kemudian nanti, mungkin sejurus sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari.
"Sehingga kini kami belum terima senarai lagi, masih menunggu senarainya daripada Pas Melaka, kami jangka akan terimanya tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan antara nama-nama yang tersenarai untuk dihantar kepada kepimpinan pusat ialah Setiausaha Dewan Muslimat Pas Melaka, Kintan Man; Ketua Perhubungan Pas Melaka, Kamaruddin Sidek; Ketua Bahagian Jasin yang juga bekas calon DUN Merlimau, Jasme Tompang; dan Timbalan Ketua Bahagian Jasin, Yuhaizan Abdullah.Nampaknya sam ketua amk melaka kempunan lagi...




1 comments:
Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah
Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.
Post a Comment
terima kasih