
Ummi Hafilda yang ditemani peguam peribadinya, Mohd Khairul Azam Abd. Aziz menunjukkan artikel fitnah dalam Media Rakyat
AIDCNews – 31/01/11 – Ketua Pengarang Kumpulan akhbar tabloid Media Rakyat, Dato Kamal Amir Kamal Hijaz dilaporkan menggeletar apabila ditelefon oleh peguam peribadi Ummi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Peguam peribadi Ummi Hafilda itu menelefon Dato Kamal Amir ekoran artikel yang disifatkan sebagai Jenayah Fitnah dalam keluaran muka depan, akhbar tabloid Media Rakyat, bilangan 02, 22 Januari 2011, bertajuk “Kisah Dalam Kain Diselak”.

Dato Kamal Amir
AIDCNews difahamkan, Ketua Pengarang akhbar tabloid itu terkejut menerima panggilan telefon daripada Mohd Khairul yang memperkenalkan diri sebagai peguam Ummi.
Peguam Ummi bertanyakan berkaitan artikel yang ditulis oleh Dato Kamal Amir berkenaan Ummi Hafilda dan apakah bukti-bukti yang menjadi sandarannya dalam penulisan artikel tersebut.
Difahamkan, Dato Kamal Amir menafikan beliau merupakan penulis berita muka depan artikel tersebut, sebaliknya mengakui artikel itu hanya kompilasi daripada berita-berita lain khususnya sumber dari Malaysiakini.com.
Lantas peguam Ummi berkata ‘sumber bukti’ yang dijadikan sandaran itu tidak kukuh, kerana hanya bergantung kepada pihak ketiga.
Menurut peguam Ummi, walaupun fakta itu pernah digunakan oleh Anwar semasa perbicaraan di mahkamah pada tahun 1998, namun Ummi Hafilda tidak dipanggil semula untuk membalas hujah tersebut kerana ketika itu kes itu sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu utama iaitu kes rasuah Anwar mengarahkan polis mendapatkan pengakuan bersumpah daripada saksi-saksi, Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.
“Sekarang Ummi bersedia mencabar kesahihan maklumat itu dan berita muka depan akhbar awak akan dijadikan bukti di mahkamah. Ummi mahu bersihkan dirinya daripada fitnah itu”, kata Khairul Azam kepada Dato Kamal.
“Adakah alamat yang digunakan dalam akhbar Media Rakyat adalah betul ?, kata peguam Ummi.
“Ya. betul. Kenapa ?”, kata Dato Kamal.
“Baguslah kalau betul, menyenangkan pihak kami untuk menghantar surat saman”, kata peguam Ummi lagi.
Mendengar kenyataan tersebut difahamkan, Dato Kamal telah merayu kepada peguam Ummi itu agar kes itu tidak dilibatkan ke mahkamah. Beliau mengakui hanya memetik dari sumber-sumber lain, tanpa mempunyai bukti kukuh dan beliau berjanji akan memberi berita muka depan kepada Ummi Hafilda untuk membalas hujah-hujahnya terhadap artikel tersebut.
“Setelah akhbar awak menghancurkan kredibiliti Ummi tanpa bukti kukuh, kini baru awak nak baiki balik. Sudah terlambat. Jumpa di mahkamah”, tegas peguam Ummi.
Difahamkan peguam Ummi juga turut bertanyakan penggunaan gelaran ‘dato’ yang dipakai oleh Kamal Amir kerana menurut semakannya di bahagian adat dan protokol tiada gelaran seumpama itu diberikan oleh Raja-Raja Melayu kepadanya.
Secara jujur, Kamal Amir mengakui gelarannya didapati dari Mindanao.
Kamal Amir Kroni Anwar Ibrahim ?
Akhbar Media Rakyat adalah kepunyaan keluarga Kamal Amir. Pengarah Eksekutif akhbar tersebut dinamakan kepada isterinya, Rohana Ismail, beliau sendiri menjadi Ketua Pengarang, manakala anaknya Maria Kamal Amir sebagai Eksekutif Pentadbiran.
Seorang lagi anaknya, Marini Kamal Amir adalah tenaga utama Kelab Anwar Ibrahim (AIC) semasa menuntut di United Kingdom mahupun kembali semula ke Malaysia.

Anwar Ibrahim bersama Kamal Amir
Hubungan Kamal Amir dengan Anwar Ibrahim sangat akrab, hinggakan dalam majlis perkahwinan Marini anak pemilik akhbar tabloid itu, Anwar dan Wan Azizah turut hadir.
Anwar dan Wan Azizah hadir meraikan perkahwinan Marini di rumah kediaman Kamal Amir, No 27, Jalan Rimba 9/8, Seksyen 9, Kota Damansara pada 11 Aperil 2009. Klik di sini
Marini sangat taksub kepada Anwar Ibrahim, hinggakan apabila Anwar didakwa melakukan liwat bersama bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, Marini salah seorang penulis AIC yang konsisten mencerca Rahimi dan Saiful yang dilabelnya sebagai ‘Musang Berbulu Ayam’.
Cercaan ‘Musang Berbulu Ayam’ itu gagal menjawab persoalan liwat kerana Marini hanya aktivis AIC yang berada di luar inner circle Anwar, sedangkan Rahimi Osman, yang pernah menjadi Presiden AIC adalah salah seorang inner circle Anwar berdasarkan jawatannya pembantu peribadi Anwar sejak tahun 2007.

Dalam masa sama, kumpulan AIC turut menyiarkan foto mesyuarat AIC pada 27 Jun 2008 di rumah kediaman Anwar, yang juga turut membuktikan Anwar Ibrahim memang akrab dengan Saiful Bukhari. Sebelum ini Anwar bermati-matian menafikan hubungan akrabnya bersama Saiful.
Tetapi apabila AIC menyiarkan foto Saiful membawa teko air itu membuktikan bekas pembantu peribadi Anwar itu sangat rapat dengan keluarga Anwar, hingga mampu masuk ke ruangan dapur rumah Anwar.
Dalam foto itu, Saiful dengan wajah yang tidak ceria, (sehari selepas kejadian liwat yang didakwa di Kondo Desa Damansara) membawa minuman dan karipap kepada ahli mesyuarat AIC. Klik di sini

Farhash Wafa Salvador (bertanda bulat kiri) dan Marini Kamal (bertanda bulat kiri) bersama Anwar Ibrahim dalam AIC UK

Farhash Wafa Salvador, Presiden AIC UK bersama Anwar ketika Anwar melawat United Kingdom. Turut kelihatan Ziauddin Sardar, rakyat Pakistan yang menjadi 'salah seorang penasihat agama' kepada Anwar (anak panah)
Dalam foto mesyuarat AIC di rumah kediaman Anwar itu juga turut kelihatan Farhash Wafa Salvador, pembantu peribadi Anwar yang merupakan kawan akrab Marini semasa aktif dalam AIC UK. Klik di sini dan di sini
Ummi Cabar Saksi Anwar
Dalam sidang media Ummi Hafilda 27 Januari lalu, beliau mencabar kesahihan cerita saksi palsu Anwar. Saksi palsu yang dimaksudkan itu adalah Norazman Abdullah@Baginda anak Minda.
Norazman merupakan pemandu peribadi kepada Datuk Sng Chee Hua, seorang ahli perniagaan dari Sarawak yang merupakan sahabat baik kepada Azmin Ali.
Menurut Ummi, beliau tidak mengenali siapakah Norazman@Baginda yang difitnah keatasnya itu.
“Fitnah Jenayah ke atas Baginda@Iban yang saya tidak tahu nama penuhnya siapa. Secara jahat telah memfitnah saya, kononnya saya telah berzina dengannya.
“(Tuduhan ini) tanpa sebarang asas dan bukti serta kebenaran, walaupun saya telah bersumpah laknat 10 tahun yang lalu, tetapi mereka terus mempertikaikannya dan mengaibkan saya di laman-laman blog. Maka saya wajib membersihkan nama saya.
“Saya klasifikasikan Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam mahkamah. Dan kita akan bongkar imbuhan yang diberikan setelah mengaibkan dan memfitnah saya.
“Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor,” katanya.
Menyentuh lanjut berkenaan fitnah Baginda, Ummi berkata :
“Kononnya saya nak bagi Baginda RM200, 000…Siapa dia (Baginda)..kebulur sangat ke saya..despardo sangat ke saya..untuk mendapatkan seorang Iban yang dia sendiri murtad, makan babi, tidak bermaruah, hanya seorang pemandu, sebagai seorang balaci. Mana moral saya..dia orang meletakkan tahap moral saya begitu rendah.
“Dan kalau betul lah wujud ‘satu persetubuhan haram’, kenapa sampai hari ini tidak dilemparkan (sebarang bukti)..
“Mengenal tabiat mereka (Anwar-Azmin), (kalau benar mereka ada bukti), mereka akan dedah (seluas-luasnya) dalam blog, video, gambar, surat..kenapa tidak ada sampai hari ini ?.
“Kalau rakaman perbualan saya dengan Datuk Sng (Chee Hua) secara provokasi tentang buku 50 dalil, boleh dirakamkan (secara sembunyi-sembunyi), (dan) kenapa (kalau benar) berlakunya hubungan seks itu di London..kenapa tidak dirakamkan (kerana) itu adalah satu senjata yang boleh membunuh kredibiliti saya ?
“(Kalau benar) Sekurang-kurangnya dia (Baginda) boleh bawa balik selimut…(atau) bawa balik gambar. Dia kata saya berkasih sayang, kenapa tidak ada satupun gambar (yang menunjukkan saya berkasih sayang dengan dia) ?
“Terus terang saya katakan saya tidak mengenali dia secara peribadi.
“Datuk Sng.. ya saya kenal (dia). Dia (Sng) pernah bersama-sama berniaga dengan saya dalam pengiklanan. Jadi setiap kali Sng jumpa saya, sudah tentu Baginda ada di situ (sebab Baginda adalah pemandu peribadi Dato Sng. Sng pula kroni Azmin Ali).
“Dan saya tidak terfikir satu hari Azmin akan gunakan Baginda untuk mengaibkan saya dengan begitu hina”, katanya. Klik di sini

Norazman Abdullah @ Baginda Anak Minda
Kontroversi status agama Baginda menjadi topik utama apabila timbul isu anaknya, Basil, pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah. Klik di sini
“Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” kata Baginda yang mengakui dirinya seorang murtad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jakim telah diarahkan menentukan status agama Baginda.
“Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya,” katanya. Baginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Baginda Anak Minda. Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.Klik di sini
Norazman Ada Dua Identiti – Murtad
Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Noordin pada sidang media di parlimen, mendakwa mengenali ayah kepada pelajar sekolah rendah itu dan dia mempunyai bukti yang mengatakan Nor Azman Abdullah @ Beginda mempunyai dua identiti rasmi.
“Saya kenal Nor Azman secara peribadi kerana pada 1998, dia menjadi salah seorang saksi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ketika itu saya menjadi peguam yang bertanggungjawab mengendalikan saksi,” katanya.
Zulkifli juga menunjukkan bukti salinan daftar perkahwinan Nor Azman pada 1999 menggunakan nama Beginda Anak Minda dan pada ruang agama, dia dicatatkan sebagai “Tiada Agama.”
Menurutnya, berdasarkan dokumen itu, perkahwinan diakadkan pada hari Krismas 25 Disember 1999 di ‘Rumah Nyawai Sg. Bebangan Kapit.
“Lima bulan selepas itu anak mereka, Basil dilahirkan (28 Mei.2000) dan surat kelahiran bertarikh 8 Jun 2000 mencatatkan nama bapanya sebagai Beginda Anak Minda (kad pengenalan 600126-13-5269K) dan diruang “Agama” dicatat “Tiada Agama”.
Zulkifli berkata, Nor Azman atau Beginda pernah bertanding sebagai calon PKR dalam dua Pilihanraya Umum (PRU).
“Pada PR ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999, dia bertanding sebagai calon PKR di kerusi P.188-Kapit atas nama Islam iaitu Nor Azman Bin Abdullah. Tapi dia kalah teruk dengan hanya mendapat 843 undi (dan hilang deposit),kepada lawannya Alexander Nanta Linggi (BN) yang mendapat 12,157 undi.
“Pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2001 pula, dia bertanding sekali lagi atas tiket PKR di kerusi N. 24 Engkilili, juga menggunakan nama Nor Azman Bin Abdullah. Sekali lagi dia tewas dengan hanya mendapat 173 undi (dan hilang deposit) kepada calon BN Toh Heng San (3,845 undi).
“Apabila kita bertanding dalam pilihanraya, kita dikehendaki menunjukkan kad pengenalan. Ini bermakna SPR mencatatkan namanya mengikut kad pengenalan, iaitu Nor Azman Abdullah tetapi surat daftar perkahwinan dan sijil kelahiran anaknya tidak menggunakan nama ini,” katanya.
Zulkifli berkata, berdasarkan dokumen yang dimilikinya, terdapat kemungkinan Nor Azman atau Beginda telah melakukan kesalahan sivil kerana memiliki dua identiti dan satu jenayah syariah kerana murtad.Klik di sini
http://www.anwaraidc.com/?p=5405




0 comments:
Post a Comment
terima kasih