Teman terbaca berita di harakah daily. Maklumlah teman ni peminat cerita lawak, sekali sekala bukalah surat khabar lawak tu.
Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.
Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya."Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak."Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.
Teman bukannya apa yob. Teman kesian sampai bila pemimpin pas nak pusing belit. Dalam kes di Perak, Sivakumar menggantung Zambry dan exco kerana mengangkat sumpah jawatan exco di hadapan Sultan Perak. Itulah alasan penggantungan Dr Zambry dan exco-exconya. Persoalannya Siapa lebih besar dalam sistem DUN. Speaker ke Kuasa Sultan? Kecualilah Dr Zambry melakukan kesalahan di dalam Dewan. Kalau Zambry melompat atas meja ke atau ada perlakuan sumbang yang dilakukan di dlam dewan, memang ada kuasa speaker untuk menghukum ahli dewan. Tetapi tiada kesalahan yang dilakukan oleh Zambry di dalam Dewan.
Sebagai contoh (dengan puak ni bagi contoh yang complicated nanti tak faham pulak, elok bagi contoh mudah sahaja). Ada seorang mamat tu namanya Anu arr bersekolah tingkatan3. Tetiba dia dipanggil oleh pengetua ketika kelas sedang berehat. Adakah Anu ar salah jumpa guru besar ketika kelas tiada. Apa hak guru kelas nak denda Anu ar keluar kelas waktu kelas tiada sedangkan yang memanggilnya adalah pengetua sekolah. Siapa lebih berkedudukan, pengetua ke atau guru kelas?
Itu yang dicabar oleh Zambry yang kononnya digantung sebab mengangkat sumpah jadi Menteri Besar? Apa hak speaker nak menentukan siapa Menteri Besar? Speaker hanya berkuasa di dalam dewan. Dalam kes ini Speaker Dewan Rakyat menggantung Anwar dan geng jambunya kerana melakukan kesalahan di dalam dewan. Speaker akan dikatakan menyalahgunakan kuasa nya jika menggantung Anwar dan geng jambunya kalau kesalahan Anwar dan geng jambunya dilakukan di luar dewan. Speaker tidak menggantung anwar kerana kesalahan Anwar yang dilakukan di luar Dewan.
Sivakumar menggantung Zambry begitu sahaja tanpa memanggil sidang untuk membahaskan isu penggantungan. prosedur nya begitu yob. kena bawak berbahas dahulu. Bukan hentam hukum gantung sahaja yob. Sedangkan Anwar sejak sidang penggal bulan April lalu telah diberi peluang menjelaskan tindakan beliau. Tetapi sehingga beberpa persidangan Anwar tidak menjelaskan kenyataan beliauy itu. Yang biasa didengar ialah usaha nak tutup mulut beliau dari mendedahkan kepincangan kerajaan. Tetapi yang biasa juga kita dengar bukan mendedahkan kepincangan kerajaan, hanya menegakkan benang basah dalam kes liwatnya.
Oleh itu yob, walaupun penasihat undang-undang Pas itu lawyer jangan pulak merendahkan martabat lawyer.. Jangan pulak nanti orang kata mike tu pun 3rd class lawyer. kan dah kena..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




1 comments:
Salam, dan salam perjuangan. Singgah sebentar melawat blog tuan. Dan..kalau di izinkan mohon utk linkkan blog saya di sini, dan saya pun dah follow blog tuan. Link saya : http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/.......terima kasih...:)
Post a Comment
terima kasih