
Hari ini ahli parlimen Padang Rengas dihentam kiri kanan depan belakang gara-gara mempertahankan kenytaan beliau tentang PERKASA. Dalam hal ini blogger terpanggil untuk memberikan pandangan berdasarkan beberapa persoalan:
1. Siapa Perdana Menteri Malaysia sekarang?
YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah ditakdirkan oleh Allah untuk menerajui kepimpinan negara hari ini. Salahkah Nazri Aziz mempertahankan dasar pemimpin tertinggi yang juga merupakan dasar negara?
2. Apa pula dasar PM/Negara?
Berbagai-bagai dasar telah diperkenalkan oleh YAB PM setelah mengangkat sumpah sebagai pardana menteri. Antara dasar yng diperkenalkan ialah 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Salahkan Nazri Aziz sebagai salah seorang anggota kabinet negara mempertahankan dasar negara?
3. Barisan Nasional nak menang pilihanraya?
Sudah tentulah berisan nasional cuba mengekalkan kemenangan selama ini untuk terus mentadbir negara. bagaimana nak menang pilihanraya? tentulah melalui proses pengundian yang melibatkan para pengundi di seluruh negara.
4. Oleh itu siapa pengundi-pengundi itu?
Melayu sahaja ke? Sudah tentu silap kalau kita melupakan pengundi-pengundi bukan Melayu yang turut mempunyai kuasa untuk menentukan siaa yang akan memerintah dan membentuk kerajaan.
Berdasarkan persoalan tersebut blogger rasa dan sangat bersetuju denga pandangan Nazri Aziz dalam isu ini. BN dan umno bukan hanya nak memerintah dalam setahun 2 ini sahaja tetapi yang paling penting BN hendak terus memenangi pilihanraya yang akan datang. Jangan menang sorak kampung tergadai.




8 comments:
Kalau macam ini punya hujah atau alasan mempertahankan Nazri, bungkus UMNO dalam pilihanraya nanti. Kita tahu Nazri pemimpin anda, namun tidak perlu mempertahankan tindakannya secara membuta tuli. Kalau salah perlu tegur bukannya mencari alasan untuk membenar tindakan yang salah.
1.Perlu diingat Perkasa wujud selepas PRU 2008. Jadi bukan sebab Perkasa UMNO/BN ditolak rakyat. Sebaliknya kelemahan pemimpin BN sendiri.
2. Kita tahu dasar 1Malaysia PM. Tapi adakah cara Nazri itu untuk mempertahankannya atau untuk memusnahkan UMNO. PM Najib sendiri mengatakan 1Malaysia adalah berasaskan perlembagaan termasuk perkara hak keistemewaan Melayu. Tapi cara Nazri mempertahan 1Malaysia adalah berlawanan dengan dasar 1Malaysia PM Najib, malah saya namapak seperti dasar malaysian malaysia Dap. Malah PM Najib sendiri tidak memusuhi Perkasa.
3. Cuba semak kembali keptusan PRU12. Rasanya undi melayu yang membolehkan BN berkuasa dengan majoriti mudah.Malah pemimpin BN dari parti komponen dapat berada di parlimen pun datangnya dari kawasan majoriti melayu. Setiap prk selepas PRU12 undi kaum cina terutamanya tidak bersama BN walaupun Nazri puas berkurang ajar dan menyakitkan hati orang melayu. Sedarkan kalian bahawa Nazri salah satu faktor kekecewaan BN dalam PRU12.
4. UMNO itu sendiri parti perkauman. United malay bukannya United Malaysia nama UMNO. Mengapa Nazri tidak keluar daripada UMNO dan menyertai Gerakan contohnya. BN adalah parti yang mengandungi komponen parti parti berasaskan kaum seperti MAC dan MIC, tidak pernah kita dengar pemimpin parti parti ini mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan kaum mereka, malah begitu kuat memperjuangkan kaum mereka sehingga sanggup meminta hak orang melayu dihapuskan. Mana suara dan silat Nazri.
Selama 50 tahun UMNO parti yang berasaskan kaum melayu ini diberi mandat memerintah negara. Parti perkauman ini sentiasa mendapat mandat menguasai pentadbiran negara walaupun teras perjuangan adalah melayu. Tidak pernah pun pemimpinnya menghina perjuangan melayu untuk meraih sokongan rakyat berbagai kaum. Hanya dalam pru12 sahaja BN mengalami kekalahan yang banyak kerusi parlimen.Ini membuktikan perjuangan berasakan kaum tidak menimbulkan masalah dalam BN, kerana BN selaku induk akan memastikan hak semua kaum seperti dalam perlembagaan negara.
Kalaulah benar Nazri pendokong kuat 1Malaysia versinya, yang menentang perjuangan kaumnya, kalau jantan seperti ia mencabar PERKASA eloklah beliau meninggalkan UMNO dan menyertai Gerakan atau menubuhkan parti berbilang kaumnya sendiri,biarkan UMNO terus menjadi parti orang melayu yang memperjuangkan perjuangan orang melayu seperti yang telah berjaya diperjuangkan selama 64 tahun penubuhannya. Contohilah Dato Onn pengasas UMNO. Ada beranikah Nazri? Kalau tidak patuhilah asas perjuangan UMNO atau duduk diam-diam kerana itu lebih baik.
Jika tidak Nazri adalah anai-anai yang berhasrat merobohkan kekuatan UMNO dari dalam parti. Mungkin juga manusia yang bertopengkan kesetiaan kononnya kepada PM, tetapi hasrat sebenarnya menyusahkan PM.
Ataupun Nazri adalah musuh dalam selimut parti UMNO? Cuba tuan perhatikan tindakan dan kenyataannya dan bandingkan dengan asas perjuangan dan tujuan penubuhan UMNO. Selarikah atau bertentangan.
Sekali saya ingin bertanya,anda juga mengatakan tindakan Nazri adalah untuk menarik sokongan bukan melayu. Adakah undi bukan melayu akan kembali dengan tindakan Nazri ini. Semaklah keputusan setiap Pru12 dan prk selepasnya.Undi bukan melayu tak akan kembali kepada BN kerana dasar BN sekarang yang begitu meletakkan mahalnya harga undi bukan melayu. Mereka tahu makin mereka lari makin mahal yang BN tawarkan untuk meraka.Lihatlah berapa yang bilion yang diperuntukkan kepada mereka dalam setiap prk. Harapnya sokongan anda kepada Nazri tidak menjadi sokong membawa rebah kepada UMNO. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Undi orang melayu yang lari akan membawa kejatuhan UMNO walaupun semua bukan melayu menyokong BN. Fikir-fikirkanlah.
bro, jangan la amal politik taksub. bagi aku, kalau bn menang tapi bangsa melayu dan agama islam terpinggir, tak guna..aku tgk statement ko ni lebih kepada terpaksa menjaga hati bos. jangan kerana nak jaga insan yang bernama nazri ini, bangsa teraniaya..
Assalamualaikum,
Jika beginilah gayanya, ternyata betapa tipisnya nilai pemikiran "thinkers" Nazri.Pernyataan yg saudara buat itu langsung tidak bersandarkan kepada situasi, fakta dan realiti, semata2 atas dasar sentimen mempertahankan Nazri. Harapnya Sdr. dapat memperbetulkan semula Nazri sebelum terlambat. Hati orang Melayu (bukan UMNO) sahaja yea, terguris kerananya...
Soalan saya pulak :
1. kenapa BN kalah dalam PRU 12 yang lalu- Sedangkan dimasa itu tiada perkasa.
2. Sebutkan mana mana pemimpin yang melaungkan penyatuan Melayu secara drastik dan memperjuangkan hak hak melayu , agama, perlembagaan yang selama ini diperkotak katikkan.
3. Didalam PRK dibeberapa kawasan,. kenapa pengundi Cina tidak dapat dipikat oleh MCA- sedangkan itu adalah tugas mereka?
4. Salah kah warganegara berketurunan Melayu yang berpartikan UMNO meyertai Perkasa- Adakah ini mengugat UMNO atau rakan rakan didalam barisan- sedangkan MIC.MCA juga mempunyai pertubuhan sedemikian ?
Jika anda perlukan contoh untuk perumpamaan "sokong membawa rebah" artikel ini adalah antara contoh terbaik.
cetek pemikiran anda sepertimana cetek pemikiran ahli parlimen anda yang layak diludah.. kisah sarjan hassan dan hati malaya. kalau saudara lihat persis perangai ahli parlimen saudara
Kepada Blogmaster,
Sila hubungi saya secepat mungkin.
Saya ada tawaran menarik iaitu kontrak menurap jalan, khas untuk anda kerana menyokong saya.Tq
YB Padang Rengas.
Terima kasih , yang di kejar x dapat , yang di kendung berciciran..Kejar undi kaum pendatang sah2 x dapat kerana menyokong komunis ultrakiasu, Melayu pula boikot BN (UMNO) kerana sakit hati @ benci@ meluat dengan perangai terlalu menjaga hati orang lain..Sudahnya ???
Post a Comment
terima kasih