Pas minta rakyat menderma lagi


Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.

"Sejak dilancarkan pada 2 Syawal yang lalu, kita baru sahaja mendapat tidak sampai RM20 ribu... Kita akan bawa mereka selepas daripada musim haji. Sebaik sahaja visa umrah buka, kita akan pergi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

itulah kerja pas, kutip derma. Dari dahulu sampai kini. Derma memali entah ke mana. Wang kohilal entah lesap dalam poket ustaz mana? Kini kutip derma pulak nak bermunajat sampai ke mekah. Derma lagi. Banyak tu. Dekat setangah juta. kita takut nanti duit derma jadi macam duit derma sebelum ini. lesap di bawah serban tak janggoat.

Menurut sumber projek ini mendapat restu Nik Aziz. Cuma nasihat blogger kepada sekretariat ini nanti kalau dah terkantoi ana rasa tok guru akan lari dan menafikan restu dia terhadap projek ini? Bukan apa dalam kes 4 billion pun dah ada yang terkantoi

0 comments:

Post a Comment

terima kasih